Thursday, 28 December 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN WANG EHSAN BENCANA RIBUT TYPHOON

Majlis penyampaian bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam bencana ribut typhoon telah berlangsung di Bilik Perdana Tingkat 11, Perbadanan Labuan.

Bantuan telah disampaikan oleh YB Datuk Rozman Bin Datuk Hj Isli, Ahli Parlimen P166 Labuan. Majlis dianjurkan oleh Perbadanan Labuan.








Wednesday, 27 December 2017

Majlis Doa Selamat YB Bersama Pemimpin Masyarakat

KK Hj Ismail Samad bersama pemimpin masyarakat sekitar WP Labuan telah hadir ke majlis doa selamat yang diadakan di kediaman YB Datuk Rozman bin Datuk Hj Isli, Ahli Parlimen P166 Labuan.

Sunday, 17 December 2017

BERSEDIA MENDEPANI 2018

JKKK Kg Batu Manikar bersedia menghadapi tahun baru 2018 yang akan menjelang tiba beberapa hari saja lagi.

Semoga Batu Manikar terus maju.

Saturday, 16 December 2017

MESYUARAT JKKK BATU MANIKAR

Agenda :
1. Aluan Pengerusi
2. Perasmian Padang
3. Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah
4. Pentadbiran & Pengurusan JKKK
5. Hal-hal Lain




Thursday, 14 December 2017

PROGRAM BACK TO SCHOOL

Program Back to School anjuran PEKEMA disempurnakan oleh YB Datuk Rozman, Ahli Parlimen P166 Labuan, bertempat d Kampung Sungai Lada. Seramai 8 penerima dari Kg Batu Manikar.




Wednesday, 6 December 2017

PAU 2017

KK Hj Ismail Hj Samad dan beberapa JK MPP SZ 8, Ketua-ketua Kampung dan AJK Bahagian bersama-sama ke Perhimpunan Agung UMNO, di PWTC, Kuala Lumpur.

Semoga isi perbahasan dalam perhimpunan akan membawa manfaat kepada semua, khususnya untuk menghadapi PRU 14.





Tuesday, 5 December 2017

ANAK MUDA HARAPAN BANGSA

Tahniah diucapkan kepada Abdul Razis bin Abdul Rajak peserta Plumbing & Heating ILP Labuan yang telah memenangi Pingat Emas World Skills Malaysia Belia (WSMB) tahun 2017 serta telah dianugerahkan Tangan Emas Kategori Belia pada Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2017 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).



Saturday, 2 December 2017

SANTAI KK

Santai KK Hj Ismail bersama KK Faizal Layang-Layangan, Tn Mohd Hazan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan dan Puan Suraney Pegawai Majlis Sukan Labuan.

Friday, 1 December 2017

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1439H PERINGKAT WP LABUAN

JKKK Batu Manikar turut serta dalam perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1439H, bertempat di Dataran Labuan.







Thursday, 30 November 2017

SALAM MAULIDUR RASUL 1439H

Warga Kampung Batu Manikar menghadiri ceramah Maulidur Rasul di Surau Khalid Al Walid yang telah disampaikan oleh Ybhg Ustaz Mohd Najjah Hj. Elias.

Semoga apa yang disampaikan membawa manfaat kepada semua.

Turut hadir KK Tn.Hj Ismail Hj Samad, AJK Surau dan penduduk Kampung Batu Manikar.






Wednesday, 29 November 2017

MAJLIS PENJELASAN FATWA

Ahli Jawatankuasa Surau Khalid Al Walid Kampung Batu Manikar hari ini hadir ke Majlis Penjelasan Fatwa di Masjid Jamek An Nur Wilayah Persekutuan Labuan.

Semoga bermanfaat untuk semua.
Alhamdulillah.






PENERANGAN BAJET 2018

Penerangan bajet 2018 peringkat Muafakat Komuniti 1 Malaysia W.P Labuan yang melibatkan krhadiran JKKK dan K1M Zon 1.

KK Tuan Hj Ismail Hj Samad tidak ketinggalan mendengar taklimat yang dikelolakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

Semoga memberi manfaat kepada seluruh warga Labuan umumnya dan khususnya untuk Kampung Batu Manikar.

Terima kasih!






MESYUARAT JKKK BATU MANIKAR BIL.02/2018