Sempena sambutan Hari Sukan Negara, 14 Oktober 2017 yang lepas, Kampung Batu Manikar telah menganjurkan aktiviti Bola Tampar Pantai yang mana program ini telah dilaksanakan secara kerjasama antara
JKKK Kampung Batu Manikar
Pemuda UMNO Cawangan Batu Manikar
Kelab Belia Kampung Batu Manikar
JK Surau Kampung Batu Manikar
Program ini juga mendapat sokongan penuh daripada pihak Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan (JBSWPL) dan Persatuan Amatur Bola Tampar Wilayah Persekutuan Labuan (LAVA).
Selain daripada Ketua Kampung, Tuan Hj Ismail Bin Hj Samad, turut hadir dalam menjayakan program ini ialah Encik Mohd Hazan Bin Dahari, Pengarah JBSWPL dan juga Encik Abdul Samat Bin Hj Ismail, Pengerusi LAVA.
JKKK Kampung Batu Manikar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk kampung yang telah menjayakan program ini.